CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 25, 2010

DoA SeoRaNg KeKaSiH

Ya Allah….Seandainya telah engkau catatkan….Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku….Titipkanlah kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi…Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…Seiringkanlah kami melayari hidup ini…Ketepian yang sejahtera dan abadi….Tetapi Ya Allah….Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku…..Bawalah dia jauh dari pandanganku… Luputkanlah dia dari ingatanku…Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti…Berikanlah aku kekuatan untuk melontar bayangannya jauh ke dada langit….Moga hilang bersama senja nan merah…Agarku bias bahagia walaupun tanpa bersama dengannya…..Dan Ya Allah…Gantikanlah yang telah hilang…Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…Walaupun tidak sama dengan dirinya….Ya Allah Ya Tuhanku….Pasrahkanlah aku dengan takdirmu….Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku…Kerana Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hamba Mu ini….Ya Allah….Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku….Di dunia dan di akhirat…Jangan engkau biarkan aku sendirian…Di dunia mahupun di akhirat…Ya Allah..Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau Redhai….dan Kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…..

0 comments: