CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 25, 2010

KeNyAtAaN & KeMuNgKiNaN Si DiA CuRaNg

1. MATA RESAH MELIHAT JAM
Si dia sering melihat jam tangan malah tindak tanduknya berubah dengan sekelip mata. Terlalu banyak alasan yang akan diberikan. Si dia asyik resah apabila bersama kamu dan fikiran tidak menentu seolah-olah ada perkara lain yang penting. Lebih jelas lagi jika si dia mengejar masa dan kamu sering ditinggalkan bersendirian dengan pelbagai alasan.

2. MADAH BERHELAH
Dalam mencari alasan yang mungkin tidak akan menyakitkan hati mana.mana pihak. Si dia tiba-tiba sahaja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan kamu.  Ada-ada sahaja sakitnya...sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa mahu demam. Walhal sebelumnya si dia sihat dan ceria. Tatkala kamu menawarkan bantuan untuk menghantarnya pulang atau ke klinik, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang bersendirian.

3. SERING TOLAK TAWARAN
Si dia kerap menolak pelawaan kamu untuk keluar bersama dengan beribu alasan. Sifat ini dapat dilihat dengan begitu drastik. Jika si dia dahulu beria-ria mengajak keluar menonton filem atau makan bersama, tetapi kini tidak dengan pelbagai alasan yang diberi dan cara menolak tawaran itu sungguh tidak menyenangkan hati.

4. TAK JAWAB CALL & KURANG SMS
Jika si dia dahulunya sering berhubung dengan kamu tidak kira ia melalui panggilan telefon atau SMS. Tetapi dengan secara tiba-tiba si dia tidak menghubungi atau SMS kamu. Hal ini ada dua kemungkinan iaitu berlaku atas faktor kerja atau sebaliknya (cnth: fon rosak@fon masuk air). Malah ketika kamu cuba menghubunginya, telefon bimbitnya sering ditutup, talian sibuk sehingga berjam-jam atau tidak mengangkat telefon@reject call anda.

5. MUNGKIR JANJI
Si dia dahulu sememangnya pernah menabur janji setinggi gunung. malah apa yang mungkin terjadi sekarang hanya tinggal kenangan. Perubahan seperti ini sering berlaku kepada pasangan kekasih. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak janji yang ditaburkan sama ada kepada kamu atau mungkin kepada insan lain.

6.MARAH TIDAK MENENTU
Kemarahan di usia remaja sememangnya sinonim. Tetapi jika si dia mula memarahi kamu dengan perkara yang kecil ia merupakan tanda awal baginya untuk meninggalkan kamu. Mungkin ia adalah lakonan semata.mata bagi mengambil perhatian kamu. Tetapi perlu diteliti mengenai cara dan bagaimana si dia memarahi kamu.

0 comments: